Pages

7

Irin , Selamat Hari Jadi !

Angin bayu yang menerjah masuk dari jendela yang terbuka luas itu sesekali menerbangkan langsir putih baldu itu . Angin yang sepoi sepoi bahasa itu juga terkadang menyentuh lembut pipi gebu milik Fadzrini yang sedang melayari internet dengan khusyuknya di dalam biliknya .

" Ehh , tarikh hari nii berape aa ? Lupa pulak aku ! " ujarnya bermonolog sendirian . Kalendar Cina yang dipaku di dinding di tepi katil lantas diselak ganas .
" Erm erm erm , 15 Disember . OMG ! Lagi seminggu laa sehh birthday aku ! Ohh , tak sabarnya nak celebrate dengan the gurls . Yippe !! "

Fadzrini melompat - lompat sendirian di dalam biliknya itu . Dia terkinja kinja di atas katil bujangnya tanpa mengambil berat akan kemungkinan yang mungkin terjadi jika dia berterusan berbuat sedemikian di atas katil kayu itu . Tanpa diketahuinya , ada sepasang telinga yang mendengar kekecohan yang dilakukannya di dalam bilik itu .

* * * * * * * * * *

Malam Ahad itu , seperti biasa tiada aktiviti yang akan para pelajar UM lakukan kerana pada malam itu mereka semua diberi kebebasan untuk melakukan perkara yang mereka sukai . Bagi para pelajar yang tidak suka membuang masa , mereka memilih untuk duduk di hostel dan menyiapkan assignment mereka yang belum lagi dihabiskan kerana mereka berpegang pada prinsip , ' masa itu emas ' . Tetapi , ada juga sesetengah pelajar yang menghabiskan masa malam Ahad mereka dengan mengambil angin di bandar dengan tujuan merehatkan minda . Sebahagain daripada mereka pula lebih senang meluangkan masa di dalam kawasan universiti itu sahaja .

" Eh , tipu aa ! " suara kuat Syuhada memecah bening malam yang semakin larut .
" Ya Allah Su , aku tak tipu kau . Aku cakap benda betul nii . " Nabilla mempertahankan dirinya .
" Bila dia cakap dekat kau ? Bila bila ? " tanya Syuhada tidak sabar .
" Semalam , petang semalam . Balik dari kelas Prof . Salman . "
" Cerita aa ! "
" Haaa ! Ada apa nii ? " sergah Syafiqah .
" Korang nii ! Dari jauh bole dengar tau tak ? Aku dengan Eqa terkejut ! Lebat gila korang . Lagi lagi si Su nii haa . Suara , kalau tak kuat tak sah ! " Hidayu mencelah lalu segera mengambil tempat di bangku kosong bersebelahan Nabilla .
" Hee , peace . Sorry laa korang . Ella nii haa , "
" Awat naa ? Cita kat cheq ! " Syafiqah berkata dalam loghat Kelantannya .
" Takde laa apa apa sangat . Aku cuma cerita kat Su yang semalam , Amirul Nazmi , si budak nerd jurusan perakaunan tuuu , follow aku sampai depan foyer dewan lepas aku habis kelas dengan Prof . Salman . "
" Haa ? Apa motif utama dia buat macam tuu ? " tanya Hidayu .
" Dia . . . . " percakapannya lantas dipotong oleh Syuhada .
" Si Nazmi tuu cakap kat Ella yang dia suka Ella ! "
" What ?! " Syafiqah dan Hidayu terperanjat besar mendengar apa yang disampaikan oleh Syuhada .
" Woii , slow slow aa . Kuad laa sehh suara korang ! Kalah Su nii haa . " Ella menegur .
" Terperanjat doe . Then , apa reaksi kau ? " tanya Hidayu . 
" Masa mula mula dia cakap tuu , aku tak percaya . Terbeliak mata aku kat situ . Aku cakap thanks kat dia sebab suka aku . Lepas tuu aku say sorry dan aku terus balik villa . " terang Nabilla . 
" Laaa , kenapa kau tolak dia? Boleh tahan apa budak tuu ? " tanya Syafiqah .
" Eqa , have you gone insane ?! Si Shah tuu , Ella nak letak mana ? " tanya Syuhada terperanjat . 
" Oppsss , lupa laa pulak . Ampun . " 
" Wehh wehh , mana Irin dengan Irah ek ? " tanya Hidayu pula . 
" Hello korang , " seperti tahu tahu sahaja namanya disebut , Syahirah pergi ke arah mereka berempat yang sedang leka berborak . Mukanya kelihatan agak penat . Dia mengambil tempat duduk di batu kosong yang terletak di sebelah Hidayu lantas membuka cermin mata empat segi yang dipakainya lalu diletakkan di atas meja bulat yang diperbuat daripada simen itu . Setelah itu , dia menyembamkan mukanya ke meja tersebut .
" Kau kenapa ? Lain macam jea ? " tanya Syuhada prihatin . 
" Penat ! " jawab Syahirah sepatah . 
" Dari mana nii ? " tanya Nabilla pula . 
" Bilik ! " sepatah jawapan lagi diberikan Syahirah . 
" Buat apa ? " Syafiqah bertanya pula . 
" Siapkan assignent Prof Meizareena . "
" Walaweyhh . Rajin ! " perli Hidayu dalam memuji . Dia tahu , sahabatnya itu tidak pernah menyentuh sebarang assignment yang diberikan pada malam cuti seperti itu . Tetapi , malam ini berlainan pula jadinya . 
" I have too ! Terpaksa . Prof nak esok ! " terang Syahirah lalu mengangkat kepalanya . Dia tahu Hidayu memerlinya sebentar tadi . 
" Ehh , kejap kejap . Satu dua tiga empat lima ! " Syuhada mengira bilangan mereka yang berada di situ bila dia menyedari seperti ada di antara mereka yang tiada sekali menghabiskan masa bersama sama . 
" Lima orang . Irin mana ? " tanya Syuhada lagi . 
" Ehh , aah laa . Padan macam tak cukup malam nii . " sokong Syafiqah . 
" Dah tido kot . Aku lalu bilik dia tadi . Dah tutup . Senyap jea . " kata Syahirah . Matanya yang kuyu cuba dibesarkan . 
" Pelik jea budak tuu tidur awal ? Biasanya malam Ahad macam nii keluar dengan Am . Kalau tak pun , stay jea bilik sampai malam buta . Surf internet kea , dengar lagu kea , text kea . " Syuhada berkata . 
" Penat laa tuu kot . Petang tadi terkinja kinja kat dalam bilik macam orang tak sedar diri . " beritahu Nabilla . 
" Maksud kau ? " tanya Syahirah pelik . 
" Dia excited . Isnin depan kan birthday dia . 21 Disember . Tuu yang petang tadi seronok gila main lompat lompat atas katil Bila malam menjengah , dia dah penat . " ujar Nabilla lagi . 
" Yea laa wehh . Minggu depan birthday dia . Boleh tak ingat pulak aku . Padahal mak aku dah ingatkan aku dah petang tadi . Siap offer lagi nak buat birthday cake untuk dia . Aduhh ! " keluh Syahirah . 
" So , plan untuk birthday Irin tahun nii ? " tanya Syuhada tiba tiba . 
" Kita buat macam mase birthday Ella nak ? HAHA . " cadang Hidayu . Nabilla yang mendengar cadangan tersebut menjeling marah terhadap Hidayu .
" Tak gune kau Ida ! Kau jangan nak ingatkan aku lagi . Mimpi ngeri aku ! " marah Nabilla dalam tawa yang cuba di tahannya . 
" Lain laa . Tak best laa asyik same jea ! " rungut Syuhada . 
" Kita buat macam nii ! " Syafiqah yang sedari tadi mendiamkan diri tiba tiba menjerit . 
" Macam mana ? " tanya Syahirah . Syafiqah kalau memberi idea , memang semuanya kelas pertama !
" Mehh laa sini . Dekat sikit dengan aku . "

Syuhada , Nabilla , Syahirah dan Hidayu mendekatkan diri mereka kepada Syafiqah . Kadangkala perbincangan antara mereka diselangi dengan gelak ketawa . Terkadang juga kedengaran jeritan Syuhada yang memang menjadikan menjerit sebagai hobinya . Kedengaran seperti gembira sekali . Akhirnya , selepas hampir setengah jam berlalu , 

" SETUJU ! " bergema suara mereka berlima . Kata sepakat akhirnya telah dicapai . Mulai esok mereka akan menjalankan rencana yang telah di atur dengan teliti . Dan Fadzrini akan menerima pembalasannya . 

* * * * * * * * * * 

Pagi itu , Fadzrini terlewat bangun daripada tidur . Semuanya gara gara dia terlalu penat petang kelmarin . Akibatnya , dia tidur awal malam tadi . Dia sendiri sedia maklum bahawa jika dia tidur awal , dia akan bangun lambat pada esok harinya . Begitulah sebaliknya . Sudahlah pagi itu kelas Prof Anita . Aduh ! Sudah tentu singa betina itu tidak akan henti henti memerlinya di dalam kelas nanti . Dia sakit hati . Fadzrini memandang ke arah jam loceng yang berada di atas meja sisi di sebelah katilnya . Jam pemberian Syahirah itu menunjukkan jarum panjang ke angka 6 manakala jarum pendek pula berada di angka 11 . Alahaiii , setengah jam sahaja lagi kelas Prof Anita akan berakhir . Hatinya bertambah sakit apabila memikirkan kemungkinan bahawa rakan rakannya tiada seorang pun yang mengejutkannya pagi tadi . Sudahnya , dia memutuskan untuk tidak kelas Prof Anita pada hari itu . Dia rebah kembali ke pembaringannya . 

* * * * * * * * * * 

Jarum jam tangannya menunjukkan tepat pukul 12 tengahari . Namun demikian , kelibat yang ditunggunya sejak tadi masih lagi tidak kunjung tiba . Dia mengeluh . Air kopi panas yang berada di dalam cawan dikocak perlahan . Dari kejauhan dia dapat melihat 4 susuk tubuh yang ditunggunya sedang menuju ke arahnya . Dia melambaikan tangan ke arah mereka . Bibirnya menguntum seulas senyum manis .

" Lambat ! " bibirnya dicebik seakan akan merajuk .
" Sorry , " ujar Nabilla , Syuhada , Syafiqah dan Syahirah serentak .
" Duduk laa . " arah Hidayu sambil tersenyum membuatkan mereka berasa lega . Mereka semua tahu . Hati Nur Hidayu lembut . Anak perempuan Datuk Ahmad itu akan mudah cair hanya dengan sebuah kata maaf .
" So , macam mana ? " tanya Syahirah memulakan perbualan antara mereka .
" Aku dah call Aiz . Minta tolong dia cakap dengan Ammar yang kita nak jumpa dia kat sini . Sharp at 12.15 . " kata Syafiqah yakin .
" Boleh percaya kea mamat tuu ? " duga Nabilla , sengaja ingin membuat Syafiqah marah .
" Ehh hellooooo , kau jangan ragu ragu kat laki aku ehh ? " marah Syafiqah . Jari telunjuk sudah ditundingkan ke arah Nabilla .
" Gurau jea laa , HAHA . " ketawa antara mereka berlima berderai .

Sejurus memesan minuman , mereka semua setia menunggu hadirnya minuman masing masing dan juga Ammar Fadzil , lelaki yang berperanan besar untuk menjayakan rancangan mereka . Setelah 5 minit menunggu , pelayan yang bertugas di cafeteria tersebut membawa air yang mereka pesan . Jus oren untuk Nabilla , teh o panas untuk Syahirah , teh ais untuk Syuhada dan satu neslo panas pesanan Syafiqah . Sebentar kemudian , Syuhada berbisik kepada mereka semua .

" Psssstt , gurls , Am tuu . Dia dah datang . Dengan Aiz . " tunjuk Syuhada menggunakan bibirnya yang dimuncungkan . Kesemua mereka memandang ke arah yang ditala . Benar seperti yang diperkatakan Syuhada . Ammar dan Faiz sedang berjalan ke arah mereka . Ammar dengan matanya yang sentiasa disepetkan manakala Faiz pula dengan topi Redbull pemberian Syafiqah yang tidak pernah ditanggalkan dari kepala .

" Weii , hello ! " ujar Ammar ceria .
" Waalaikumsalam , " sindir Syafiqah lalu dia menjeling ke arah Ammar .
" Erm , yea laa . Maaf . Assalamualaikum ! Haa , korang nak apa suruh aku datang sini ? And , sekejap . Where's my girl ? " Ammar memberi salam lantas bertanya akan keberadaan Fadzrini .
" Girl kau ? Villa lagi . Tak tau dah bangon ke belum . Kitorang tak tinggalkan dia . Kitorang tak gaduh . Kitorang baik sahaja . Sekian . " jawab Syahirah lantas dia tersenyum . Satu soalan yang diberikan , tiga empat jawapan yang diberi . Itulah kebiasaannya apabila Ammar yang bertanya akan keberadaan Fadzrini .  Kekasih sahabatnya itu akan resah jika dia melihat mereka semua ada bersama tetapi tidak Fadzrini . Berpuluh soalan akan dilontarkannya nanti . Dia bimbang jika ada apa apa terjadi kepada Fadzrini . Syahirah tersenyum lagi . Dia tahu , Ammar sangat menyayangi Fadzrini .
" Wehh Am , kau tau kan birthday Irin minggu depan ? " tanya Hidayu .
" Off course tau ! Mana aku boleh lupa ? Aku siap dah beli present untuk dia dah semalam . "
" Cepat gila kau Am ! " kata Syuhada .
" Ammar Fadzil ! Macam kau tak kenal aku ? Ehh Eqa , Aiz ajak kau keluar nii , "
" Mana ada ! Ehh Am , kau jangan nak buat cerita ehh ! Aku takde cakap pun . " Faiz yang sedari tadi diam terperanjat . Dia menumbuk kuat lengan Ammar . Ammar hanya tergelak mesra sahaja . Dia perasan , sedari mereka datang tadi , Faiz tidak habis habis memerhatikan Syafiqah . Lantas , dia terfikir untuk mengenakan Faiz .
" Hey you , " Syafiqah menegur Faiz .
" Hey , " jawabnya mesra sambil tersenyum .
" You nak ajak I keluar kea ? " tanya Syafiqah .
" Err , lain kali jea laa . You pun busy kan . Takpe . " kata Faiz memahami .
" Thank you , next time okeyy ? By the way , lawa cap . " Faiz dan Syafiqah sama sama tersenyum .
" Doe , tak payah nak bermadu kasih kat sini laa . Nanti nanti laa . I you I you , " kata Nabilla , jelek .
" Eleyh kauu Ella , macam tak pernah jea dengan Abang Shah kau tuu , " Hidayu memerli Nabilla .
" Memang tak pernah pun okeyy . Sorry okeyy ! " Nabilla menjelirkan lidahnya ke arah Hidayu .
" Dia dengan Shah , abang dengan kakak ! Bukan macam kita semua ! HAHA ! " mereka semua tergelak lagi mendengar apa yang Syuhada perkatakan .
" HAHA . Dah laa wehh . Kalau melayan korang , sampai esok tak habis aku rasa . Dah dah , sambung balik perbincangan kita nii . Haa Am , kitorang perlukan kau untuk jayakan rancangan kitorang nii . Kau boleh tak ? " tanya Syahirah .
" Boleh jea . Apa dia ? " tanya Ammar seperti tidak sabar .
" Bagus aa Am ! Macam nii , minggu depan kan birthday Irin , so , for this entire week , kau kena pretend kau tak peduli langsung pasal dia , act macam takde pape laa . For short , kau macam dah tak kisah pasal dia . Then , Ahad depan , kau minta maaf dengan dia . Say sorry sebab tak layan apa semua tuu . With reason , kau busy ! Isnin esoknya , kau ajak dia keluar . Pergi laa mana mana pun kan , kau kan banyak destinasi nak dituju . Kalau kau ada promise dengan diorang yang lain , nanti aku tolong cakap dekat diorang . Sementara korang berjalan jalan tuu kan , kitorang yang lain nii akan decorate villa tuu , buat suprise party untuk dia . Malam tuu , balik villa , kitorang akan tutup lampu . Konon konon blackout laa gitu . Then , kau buat buat nak pergi check main switch . Pastikan dia tak ikut kau . Pastikan jugak dia stay jauh daripada kau . Masa tuu pandai pandai laa kau nak menyorok kat celah mana . Tak pun , kau cari jea Ad nanti . Aku akan suruh dia diri tepi pintu tunggu korang . Kau kena ikut . Aku bagi amaran nii . Few seconds lepas tuu , kitorang akan buka lampu . Masa tuu laa kita semua akan nyanyi lagu birthday untuk dia . Habis . " terang Syahirah panjang lebar . Dia , kalau bab bercakap dan berceloteh nii , memang kegemarannya .
" Whoaa ! Gila terperinci laa rancangan korang . Erm , boleh laa . Aku akan usahakan untuk ikut flow rancangan tuu sebaik mungkin . " kata Ammar , ragu ragu . Sebenarnya dia sendiri tidak yakin , boleh kah dia menghindari diri dari Fadzrini bila setiap hari wajah gadis itu sahaja yang menghiasi hari harinya dan bayangan gadis itu yang meneman tidurnya . ' Kau boleh laa Am ! Just for a week ! ' katanya di dalam hati , memberi semangat kepada diri sendiri .
" Wehh Am , jom laa doe . Lagi 2 minit . Ada yang kena pelangkung dengan Iz nanti . " ajak Faiz
" Wehh , korang nak ke mana ? " tanya Syafiqah , pelik melihat gelagat mereka yang hendak cepat pergi dari tempat tersebut .
" Biasa aa , petang petang macam nii pergi mana lagi ? "
" Ouh , okeyy . " Syafiqah tersenyum .
" Am , " panggil Syuhada lalu dia tersenyum mesra .
" Insyallah , macam biasa kan ? Faham sangat dah senyuman kau tuu . "
" Thanks tau , " Syuhada tersenyum lagi . Begitulah antara dia dan mereka yang lain . Tidak kira Ammar Fadzil ke , Faiz Ilham ke , Al-Ad Mujahid ke , Addin Shah ke ataupun Zulain Mazlan , mereka semua faham jika Farra Syuhada menyebut nama mereka lalu tersenyum . ' Sampaikan salam pada Izzat Azizul . '
" Okeyy aa korang , jumpa kat villa nanti . Assalamualaikum . " ucap Ammar lalu dia dan Faiz melangkah pergi .
" Waalaikumsalam , "

* * * * * * * * * * 

" Mana laa agaknya diorang nii ? Heshh . Dari tadi aku cari tak jumpa . Call Ella , phone off . Call Su , tak angkat . Call Eqa , asyik voice mail jea . Fed up pulak laa siott ! " Dia mendengus lagi . Phone Nokia N9 yang berada di tangannya di tekan kasar . Dia mendail nombor Syahirah pula , dengan harapan berjawab . Dia lalu meletakkan phone itu ditelinga kirinya sambil matanya melilau lilau melihat ke kiri dan ke kanan . Berharap supaya dia dapat melihat mereka yang lain sambil berjalan melintasi deretan papan kenyataan itu . Matanya tiba tiba tertancap ke arah 5 batang tubuh yang sedang seronok bergelak ketawa di cafeteria . Phone di tangannya diletak kemas di dalam kocek baju kurungnya lalu dia berjalan pantas ke arah mereka .

" Kenapa tak kejut aku ?! " tanyanya marah . Buku buku rujukan yang berada di tangannya dihempas kuat ke  atas meja . Syafiqah , Syahirah , Nabilla , Syuhada dan Hidayu terperanjat . Perbualan dan gelak ketawa antara mereka terhenti . Syuhada yang tadinya mengacau laju teh ais di dalam gelasnya memperlahankan straw yang digunakan untuk mengacau . Mereka semua memandang ke arah Fadzrini . Hidayu menghalakan pandangan matanya ke arah Syahirah . Syahirah juga berbuat sedemikian . Mata mereka bertembung pandang . Sesekali kelihatan dahi Hidayu berkerut . Hidayu menyuruh Syahirah memujuk Fadzrini yang sedang cuba menahan amarahnya daripada meledak . Jelas kelihatan dari wajahnya yang berubah merah dan dadanya yang dari tadi berombak laju . Akhirnya , Syahirah menarik nafas dalam . Lalu dia bangkit menjawab soalan Fadzrini . Yang lain hanya kekal dalam posisi yang sama dan duduk diam sahaja , kecut perut sebenarnya . Mereka semua lebih percaya akan Syahirah yang boleh menangani masalah sedemikian .

" Irin , sorry . Kitorang dah kejut kau . Tapi kau tak bangun . So , kitorang biarkan . Sebab masa tuu pun , baru pukul 5 lebih . Not nice laa kan kejut kau awal sangat for prayer bila kau sendiri pun tengah cuti . By 6.30 . aku nampak bilik kau terbuka . Aku fikir kau dah mandi . Then , kitorang pun blah aa pergi kelas . Before tuu , aku ada tampal sticky note untuk kau . Perasan tak ? Aku letak kat kalendar kau . " Syahirah memberi penjelasan agar keadaan tidak bertukar menjadi lebih buruk . Tangannya lalu dihulur untuk meminta maaf . Menunggu Fadzrini untuk menyambut huluran itu .

" Tapi takkan korang tak perasan aku tak mandi lagi ?! Tak bangun pun lagi ?! How come korang bole tinggalkan aku ?! Tau tak aku bangun pukul 11.30 tadi ?! Okey fine laa tak hairan laa sangat . Tapi yang tak menahannya tuuuu , pagi tadi kelas Prof Anita ! Mati laa aku lepas nii ! Future class dengan dia , aku confirm dia akan perli perli aku ! Mulut dia tuu , eshhhhhh ! " Amarah Fadzrini sudah mulai menurun namun rasa geram masih lagi berbekas di dalam hatinya . Kakinya dihentak ke lantai , membuang rasa geram yang bersarang .

" Babe , kitorang tak tau . Sebab usually kau yang bangun paling awal . Tukang kejut apa semua tuu . Sorry doe , minta maaf sangat nii , " giliran Syafiqah pula mempertahankan mereka yang lain . Huluran tangan Syahirah yang dari tadi dipandang sepi akhirnya disambut mesra oleh Fadzrini .

" Okeyy fine . Semua aku maafkan . " Fadzrini mengalah . Dia tahu , dalam hal ini , dia juga bersalah . Siapa yang suruh dia tidak bangun apabila dikejut ? Tetapi , dia juga terkilan dengan mereka yang lain kerana meninggalkan dia berseorangan di villa besar itu tanpa teringat bahawa jadual kelas Syuhada , Syafiqah , Syahirah , Nabilla dan Hidayu pada hari itu memerlukan mereka semua untuk hadir awal ke kelas . Segaris senyum palsu terbit dari bibir Fadzrini .

" Macam nii laa kawan namanya , " ujar Syuhada . Mereka yang lain hanya tersenyum . Namun hati mereka masih lagi gundah .
" Okeyy aa wehh . Aku ada kerja . Nak copy note dari Hanis . Kalau tak , kelas akan datang , makin mengamuk laa singa betina tuu nanti . Hari nii dah aa tak attend kelas dia , minggu depan tak buat note dia pulak . Pergi dulu aa wehh . Assalamualaikum . " lalu Fadzrini melangkah pergi membawa hati yang masih lagi terkilan . Mereka yang lain tidak sempat menjawab apa apa .
" Doe , " ujar Nabilla pendek , wajahnya yang dibendung rasa sayu itu memandang wajah Syahirah .
" Biarkan dia , lama lama okey laa tuu . " jawab Syahirah , faham akan renungan sayu Nabilla , lalu dia tersenyum pahit . Mereka semua membuang pandang ke arah Fadzrini yang semakin jauh meninggalkan mereka .

* * * * * * * * * *

Keesokan harinya di villa .
Kelihatan Fadzrini sedang tergesa gesa menuruni tangga untuk ke tingkat bawah villa tersebut . Dia seperti ingin pergi ke suatu tempat dalam kadar yang tergesa gesa . Syuhada yang ternampaknya menegur .

" Ehh Irin . Nak ke mana ? Nampak macam nak cepat jea , "
" Haa ? Kelas laa . Ehh kau takde kelas ke hari nii ? "
" Ada , tapi hari nii masuk lambat sikit . Prof ada tugas kat luar . Tuu yang aku masuk lambat sikit nanti . "
" Ohh . Yang lain mana ? "
" Yang lain dah pergi awal pagi tadi . Irah ada dalam tuu haa . Tengah tidur kot . Dia pun masuk lambat sikit . Saing aku nanti . "
" Ohh , lambat aa nii ehh ? Hmm , yea laa . Semalam nak cepat sangat . Sampaikan aku pun ditinggalkan . Takpe laa . Assalamualaikum . Pergi dulu . " perli Fadzrini . Dia masih ingat lagi akan kejadian semalam . Sampai bila bila dia akan mengingatinya sehinggalah mereka yang lain betul betul memohon maaf daripadanya . Dia lantas bergegas menuruni tangga tersebut dan menyarung flat shoes hitam kepunyaannya . Baju kurungnya yang berwarna hitam berbunga coklat itu berterbangan ditiup angin . Dia lalu melangkah laju menuju ke bangunan akademik , meninggalkan Syuhada yang masih lagi terpinga pinga sendirian , memikirkan punca Fadzrini berbuat sedemikian .

* * * * * * * * * *

Pada malam Rabu itu , mereka semua berada di villa . Kelihatan Syafiqah sedang membuat assignmentnya . Jari jemarinya lincah menari di atas papan kekunci laptop itu , menaip setiap patah perkataan yang terlintas di benaknya . Sesekali dia menyelak helaian kertas yang banyak bersebelahan laptopnya itu .

" Siap ! Alhamdulillah . Setelah bersengkang mata malam nii , siap jugak akhirnya assignment aku nii ! " Syafiqah memanjatkan kesyukuran kepada yang Maha Besar . Dia kemudian memejamkan matanya untuk beberapa minit sebelum kembali membuka matanya kerana teringat sesuatu .
" Ehh , pendrive aku mana aa ? Aduh ! Assignment nii aku nak save kat mana nanti ? Aiseyman ! " Syafiqah mengeluh . Matanya liar mencari di atas katil itu namun tidak juga ditemuinya . Dia memejamkan matanya kembali . Dahinya kelihatan berkerut seperti sedang cuba mengingati sesuatu .
" Ohh ya ! Baru aku ingat ! Sabtu lepas Irin pinjam ! Mesti ada kat dia nii ! " katanya . Dia lalu keluar dari biliknya . Menuju ke kamar Fadzrini yang berhadapan dengan kamarnya , hanya beberapa meter sahaja .

" TOK , TOK , TOK ! Assalamualaikum ! " Syafiqah mengetuk pintu bilik Fadzrini yang tertutup sambil memberi salam . Tiada jawapan .
" Assalamualaikum ! " Sekali lagi . Masih lagi tiada jawapan .
" Waalaikumsalam ! Siapa ? " kedengaran suara Fadzrini dari dalam bilik menjawab salam tersebut . Pintu bilik tiba tiba terbuka .
" Haa kau rupanya ! Nak apa malam malam pergi bilik aku nii ? " tanya Fadzrini sejurus sahaja dia membuka pintu tersebut .
" Hey Irin ! Hmm , aku nak pendrive aku balik . Hari tuu kan kau pinjam . Dah habis guna belum ? "
" Pendrive kau ? Ohh , dah . Kejap . Aku ambil . Tunggu sini . Jangan masuk bilik aku ! " arah Fadzrini .

Syafiqah terkedu . Matanya terbeliak . Fadzrini tidak pernah menghalang sesiapa daripada memasuki biliknya itu . Ini baru kali pertama . ' Kenapa dengan Irin ? ' hatinya bertanya aneh .

" Weii , nii haa pendrive kau . Thanks tau . " Fadzrini kembali semula setelah beberapa minit dia menghilang di dalam biliknya . Dia menghulurkan pendrive itu kepada Syafiqah . Syafiqah mengambilnya . Lalu tersenyum hambar . Fadzrini lantas menutup pintu biliknya tanpa sempat Syafiqah berkata apa apa .

* * * * * * * * * *

" LALALALA . " Hidayu bernyanyi riang . Kelasnya bersama Prof Natalie baru habis sebentar tadi , Sesungguhnya dia berasa sangat gembira hati ini . Pujaan hatinya , Al-Ad Mujahid menegurnya tadi di dalam kelas . Hampir pengsan dibuatnya apabila tiba tiba sahaja lelaki itu memanggilnya untuk meminjam nota yang ditulis di hadapan kelas yang tidak sempat disalinnya . Hidayu hanya terdiam , lidahnya kelu untuk berkata kata , tetapi tangannya laju mencapai nota yang berada di atas meja lalu memberinya kepada Ad . Sesudah habis menyalin , dia kembali menyerah nota itu kepada Hidayu , lantas berterima kasih dan menghadiahkan sebuah senyuman . Aduh , gugur jantung Hidayu melihat senyuman itu . Namun , dia tenang mengawal keadaan agar Ad tidak perasan akan perkara itu .

Tiba tiba , dia melihat Fadzrini sedang berjalan laju di hadapannya . Dia memanggil Fadzrini menggunakan suara lantangnya .

" Irin ! Irin ! Tunggu aku ! " Hidayu menjerit . Fadzrini yang perasan ada orang yang memanggilnya berhenti berjalan lalu dia menoleh ke arah suara yang memanggilnya sebentar tadi . Dia melihat ke belakang . Hidayu sedang berlari lari anak ke arahnya .

" Irin , penat aku kejar kau ! Huh ! Kau nak ke mana nii ? "
" Aku ? Nak balik villa . Kenapa ? "
" Balik ? Haa , nak saing ! Jalan kaki kan ? "
" Jalan kaki ? Tak aa . Aku naik Honda aku . Pergi dulu aa . Ada kerja . " Fadzrini meninggalkan Hidayu sendirian di situ . Dia berasa sangat pelik melihat tingkah Fazdrini kebelakangan ini . Dari jauh , dia hanya melihat sahaja Fadzrini pergi menaiki motor Hondanya . Arah tujunya tidak pula menghala ke arah villa , tetapi ke tempat lain . Dia hanya menggeleng geleng kepalanya . Hidayu baru sahaja bercadang untuk pulang ke villa bila tiba tiba dia ternampak Nabilla sedang berjalan menuju ke arahnya dengan muka masam .

" Eyy Ella ! Kau nii dah kenapa ? Masam jea aku tengok ? Takut siot ! "
" Eshhh ! Geram aku ! Kau tau tak ? Si Irin tuu boleh pulak perli perli aku tadi . Dikatanya aku lambat ! Isnin  lepas nak cepat pulak ! Dia boleh mengungkit pulak tuu ! Memang macam , eshh ! " Nabilla melepaskan geram yang berbuku di hatinya terhadap Hidayu . Tadi sahaja dia berhajat ingin pergi ke gimnasium U untuk membuat temu janji dengan Encik Punching Bag di situ . Begitulah dia , jika dia berasa geram , alatan gimnasium itulah yang menjadi tempat kegemarannya melepaskan geram . Dia senang menumbuk alatan itu . Baginya , dia akan membayangkan alatan itu adalah perkara atau orang yang menjadi punca dia berasa geram . Dengan menumbuk alatan itu , dia akan lebih berasa senang hati kerana telah berjaya ' memusnahkan ' rasa geramnya di situ . Mujur sahaja dia ternampak Hidayu tadi , jadi dia membatalkan niat murninya untuk ke gimnasium universiti .

" HAHA . Ella , tenang laa . Kau biasa cool jea masalah semua nii . Tetiba pulak angin hari nii ? "
" Weii , aku memang sabar . Tapi , kalau orang perli aku . Heshhhhhhhh ! Kau pun tau kan , aku tak suka orang perli perli nii ! Sakit doe ! Perlian dia , tajam menusuk dalam hati nii ! " Nabilla menunjuk dadanya .
" Wohoooo ! Tenang tenang ! Tarik nafas ! Istighfar ! " Hidayu memberi saranan . Nabilla yang menyedari dia  sudah terlampau marah hanya mengikut saranan Hidayu . Alhamdulillah , dia berasa tenang sedikit setelah berbuat sedemikian .
" Dah laa , jom balik ! " Nabilla mengajak .
" Bagus ! Aku memang takde kawan pun nak ajak balik ! Jom ! " ujar Hidayu ceria lalu menghalakan kakinya ke arah villa .
" Ehh wehh , kau nak ke mana ? " tanya Nabilla . T-shirt merah jambu Hidayu yang ditariknya dilepaskan .
" Balik . " kata Hidayu sambil jari telunjuk tangan kanannya menunding ke arah jalan menghala ke arah villa .
" Laaa , kau nak jalan kaki kea ? Aku nak ajak kau balik naik motor sport aku . Jom laa ! " ujar Nabilla lalu dia berjalan ke arah motor sport hijaunya yang diparkirkan berdekatan situ .
" Jom ! "

* * * * * * * * * *

Syahirah termenung panjang . Segala perkara yang Fadzrini lakukan telah pun sampai kepada pengetahuannya . Syuhada yang diperli kerana meninggalkannya , Syafiqah yang tidak diizinkan memasuki kamarnya dan Nabilla yang diperli akibat lambat . Kesemua mereka telah terkena . Tetapi , Hidayu ? Dia yakin Hidayu juga terkena oleh Fadzrini , tetapi tidak menceritakannya kepada sesiapa . Dia kenal Hidayu , sahabatnya yang seorang itu paling tidak suka mendedahkan keaiban orang lain . Sungguh luhur hatinya .

' Tak boleh jadi nii ! Hmm , takpe . ' Syahirah bermonolog sendirian di dalam biliknya itu . Syuhada , Syafiqah , Nabilla dan Hidayu baru sahaja keluar dari biliknya dan pulang ke bilik masing masing setelah puas melepaskan geram dan rasa bengang mereka kepada Syahirah .

' Irah , aku risau aa Irin tuu , dah seminggu macam tuu . '
' Kau yang cakap minggu lepas , okey laa tuu nanti ! Apa yang okeynye ? Makin teruk adalah ! '
' Babe , this is not a part of the plan . Something has to be done to stop this . '
' Aku rasa dia masih terkilan dengan kita pasal apa yang jadi minggu lepas . '

Di telinganya terngiang ngiang setiap kata kata rakannya sebentar tadi . Aduh , kusut kepalanya memikirkan kemungkinan yang bakal terjadi . Suprise party yang diatur untuk Fadzrini mungkin akan tergendala . Persahabatan mereka semua juga mungkin akan terjejas . YA ALLAH , dia berharap supaya perkara buruk itu tidak akan terjadi . Dia sayang akan rakannya itu . Telefon bimbit Samsung yang berada di atas meja belajar dicapai lalu dia mendail nombor seseorang .

" Hello ? Haa ! Am ! "

* * * * * * * * * *

Fadzrini menyembamkan mukanya ke bantal tidurnya . Ammar baru sahaja menelefonnya sebentar tadi . Memohon maaf kepadanya kerana tidak menghiraukannya untuk satu minggu ini . Bermacam alasan yang Ammar berikan . Beribu juga kata maaf Ammar kepadanya . Tidak mengapa . Fadzrini faham , kekasihnya itu sentiasa sahaja sibuk . Biasalah , pelajar jurusan Business And Management . Pelbagai perkara yang dia harus  selesaikan dan bermacam assignment yang mesti dihantar dalam kadar segera . Tidak mengapa baginya , pelajaran harus lebih sentiasa diutamakan . Namun dia akui , dia juga berasa sunyi dalam minggu ini . Tiada phone call dan mesej yang mengiringi malamnya dan ucapan selamat malam seperti biasa . Fadzrini juga terkedu apabila teringat Ammar mengajaknya keluar ke Tasik Indah yang berada di hujung bandar habis kelasnya esok hari .

" Ahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh ! " dia menjerit , bahagia .

* * * * * * * * * *

Telefon bimbit Nokianya bergetar di atas katil . ' Siapa pulak yang bagi mesej tengahari nii ? ' ujarnya di dalam hati . Bekas compact powder yang digunakannya sebentar tadi ditutup lalu diletak di atas meja solek kecilnya itu . Telefon bimbit jenama Nokia yang dibeli  pada tahun lepas itu diambil . Skrinnya gelap . Fadzrini menekan butang tengah telefon bimbitnya . Skrin telefon itu kembali terang lalu memaparkan nama pengirim mesej yang mengirimkan mesej kepadanya beberapa saat lepas . 

" Huh ? Syahirah ? Apa dia nak ? " Fadzrini lantas menekan butang ' OPEN ' pada telefonnya . Simbol surat itu terbuka . 

Dear best friend , you're stupid . You fail . You're weird . You're not perfect . But . That's okay . I like that , too . We laugh at the randomest things . You know my ugliest side . Even though we disagree sometimes , we never fight . When i'm sad , you were always there to make sure I'm okay . Thanks for being here for me . ILOVEYOU :) 

" Babe , aku sayang kau jugak . Tapi , aku masih terkilan dengan perkara yang jadi minggu lepas . Kenapa kau tak nak back up diri korang and state the reason ? Aku cuma nak tahu kenapa korang tinggalkan aku pagi tuu . " ujar Fadzrini sayu . Dia lalu meletakkan telefon bimbitnya itu ke dalam kocek seluarnya dan keluar dari biliknya . Di pertengahan jalan ketika di tangga , dia bertembung dengan Nabilla dan Hidayu . Dia memandang mereka . Hidayu juga memandangnya , segaris senyum pilu dihadiahkan . Nabilla juga melihatnya , tetapi hanya sekilas . Fadzrini lantas bergegas turun , Ammar sudah setia menunggunya di hadapan villa . 

* * * * * * * * * * 

" HAHA . Gila laa Fadz ! " Fadzrini gelak lagi . Kisah yang baru sahaja diceritakan oleh Ammar itu mencuit hatinya . 
" Haa , gelak gelak ! " Ammar menegurnya . 
" Habis dah Fadz buat lawak , Irin gelak laa . Fadz nak Irin diam jea kea ? Nanti Fadz kata Irin takde perasaan pulak . HAHA . " 
" Bukan laa . Irin boleh gelak , lagipun Fadz seronok tengok Irin gelak . Nampak comel jea . Gelak laa lagi . " Ammar mengusik . Kali ini , Fadzrini terus terdiam . Dia tak menyangka Ammar berani mengusiknya sebegitu . Pipinya memerah . 

Petang itu , Ammar dan Fadzrini berjalan jalan mengambil angin di Tasik Indah yang terletak jauh di hujung bandar . Oleh itu , keadaan di situ agak sunyi kerana tidak ramai pengunjung . Tempat itu masih lagi tersorok daripada pengetahuan ramai kerana lokasinya yang tidak begitu menarik perhatian orang ramai . Tasik Indah itu telah dibina kira kira 1 tahun yang lalu . Mungkin itu juga menjadi salah satu faktor ia tidak dikunjungi ramai . 

" Kenapa diam ? Gelak laa lagi , HAHA . " Ammar mengusik Fadzrini . Dilihatnya Fadzrini masih diam membisu . Fadzrini juga sudah tidak memandangnya seperti tadi . Fadzrini terus kekal senyap . Dia sebenarnya buntu untuk membalas usikan Ammar itu . 

' Geramnya dengan Fadz nii ! ' gerutu Fadzrini di dalam hati . Dia lalu menjeling Ammar . 

* * * * * * * *  * * 

Sementara itu , suasana di villa menjadi semakin ceria . Keadaan yang tadinya senyap juga bertukar kecoh . Terdengar suara kuat Syahirah memberi arahan dan ejekan Zulain yang membenci setiap arahan tersebut , kadang kala suara gelak ketawa Syafiqah kedengaran akibat dikacau oleh Faiz , usikan Izzat yang membuatkan Syuhada menjerit kencang dan juga rengusan kasar Nabilla yang menganggap Shah sengaja mengganggunya . Hidayu dan Ad  juga sedang saling bekerjasama menggantung belon - belon yang telah ditiup oleh Shah , Izzat dan Zulain sebentar tadi di pintu . Belon - belon itu berwarna warni , menceriakan rumah yang sudah sememangnya ceria itu . Riben yang bergantungan ke sana sini juga beraneka warna . Jam sudah hampir menunjukkan pukul 7 petang apabila telefon Syahirah tiba - tiba berbunyi . Dia menjawab panggilan itu . 

" Apa ?! " Syahirah menjerit . Syafiqah , Syuhada , Nabilla dan Hidayu yang sedang membuat kerja tiba - tiba menghentikan segala kerja yang sedang mereka lakukan . Zulain , Faiz , Izzat , Shah dan Ad juga terdiam . Semua mata menghala ke arah Syahirah . 
" Wehh , jangan ! By 8 baru korang balik . Sekarang tak boleh . Kitorang tak siap lagi nii ! Haa , aku tau . Kau bawa dia pergi bookstore yang dekat - dekat dengan Tasik Indah tuu . Dia suka pergi tempat tuu . Haa , thanks Am ! By 8 tau ! Okey okey . Huh , " Syahirah mengeluh . Telefon bimbitnya diletakkan kembali ke dalam sesiku seluarnya . Ammar yang menelefonnya sebentar tadi memberitahu bahawa Fadzrini sudah ingin pulang lalu disuruhnya Ammar membawa Fadzrini ke sebuah kedai buku yang terletak berhampiran situ . Mujur sahaja Fazdrini setuju . 

" Irah , kenapa ? " tanya Nabilla . Dia khuatir sesuatu yang buruk berlaku terhadap Fazdrini dan Ammar . Walaupun Fadzrini membuatkan dia berasa bengang tempoh hari , dia sedar Fadzrini itu kawannya . Tidak guna menyimpan dendam kepada kawan baik sendiri , kelak memakan diri . Sudahnya dia mengambil jalan damai , melupakan perbuatan Fadzrini itu terhadapnya . 
" There's nothing to be worry about . Ehh , jam dah pukul 7. 15 nii . Baik kita semua mandi , sembahyang then siap - siap , okey semua . By 8 , diorang balik ! Jom - jom ! Syahirah memberi arahan . Syafiqah , Syahirah , Nabilla dan Hidayu berlari lari ke tingkat atas . 
" Baik bos ! " kata Zulain , Shah , Izzat dan Faiz serentak . Mereka mengangkat tangan kanan ke atas dahi mereka . Lagaknya seperti barisan tentera yang menerima arahan daripada komander untuk pergi berperang . Ad yang melihat mereka hanya tergelak sahaja . 
" Korang jangan nak biadap dengan aku ehh , " Syahirah memberi amaran . Dalam hatinya ada juga rasa lucu ketika mereka serentak berbuat sedemikian . Tetapi , lelaki - lelaki di hadapannya inilah yang tidak perlu diberi muka . Mereka harus diajar dengan tegas . Syahirah lalu berjalan ke arah tangga , mengatur langkah menuju ke tingkat atas , menyusul mereka yang lain . 

* * * * * * * * * *

Pintu kereta di bahagian pemandu dan tempat duduk bersebelahan pemandu itu dibuka . Ammar dan Fadzrini masuk ke dalam kereta . 

" Seronok ? " tanya Ammar kepada Fadzrini . Mereka baru sahaja selesai  membeli buku di kedai buku Alaf itu . 
" Seronok ! Thanks tau Fadz sebab bawak Irin ke sini . And sebab belanja Irin buku - buku nii . Hee , " Fadzrini gembira . Tadi , ketika di kaunter pembayaran , dia sudah mengeluarkan dompetnya . Tiba - tiba sahaja Ammar menyuruhnya menyimpan kembali dompetnya dan menawarkan untuk membayarkan harga buku - buku tersebut untuk dia . Fadzrini tersenyum lagi . Ammar yang perasan Fadzrini seperti mengelamun mengetuk kuat dashboard keretanya . Fadzrini tersentak . 

" Mengelamun apa ? " tanya Ammar . 
" Takde pape . Lepas nii kita nak ke mana ? " Fadzrini bengang . ' Aduh , macam mana laa Fadz bole perasan aku tengah dok dreaming dreaming ? Malu ! '
" Balik laa . Fadz penat ! Irin tak nak balik kea ? "
" Mesti laa nak ! " 

Jam di dashboard menunjukkan pukul 7.53 malam . Ammar tergamam . Seketika kemudian , kereta Kenari itu meluncur laju membelah highway menuju ke arah Universiti Malaya . 

* * * * * * *  * * * 

" Korang semua ! Dengar nii , kejap lagi diorang sampai . Aku dapat mesej dari Am . Dia kata tengah on the way . Okey , Ad nanti jaga pintu ea . Tutup pintu lepas tuu tarik Am . Yang lain , kita stay senyap jea dalam gelap . Jangan buat bising . Sampai Iz bukak lampu , baru kita nyanyi birthday song untuk Irin . Boleh semua ? " Syahirah memberi arahan . Mereka yang lain hanya mengangguk , setuju dengan arahan yang diberikan . 

* * * * * * * * * * 

14 minit kemudian , mereka berdua sudah sampai di hadapan Villa itu . Kereta Kenari yang dipandu Ammar diparkir berdekatan kereta Waja kepunyaan Izzat . Ammar dan Fadzrini turun dari kereta itu . Fadzrini berasa  aneh . Villa itu kelihatan gelap serba serbinya .  

' Diorang keluar kea ? Ehh tak . Kereta motor semua ada . Ada apa nii ? Blackout kea ? '
" Fadz , Fadz tak rasa pelik kea ? " tanyanya kepada Ammar . 
" Pelik ? Kenapa pulak ? " Ammar bertanya kembali , sambil menyeluk sesiku seluar jeannya untuk menyimpan kunci kereta kepunyaannya . 
" Yea laa , gelap semacam villa nii . "
" Ohh , ape laa Irin nii . Blackout laa tuu kot . Jom masuk . "

Ammar dan Fadzrini melangkah menuju ke pintu utama villa itu . Pintu besar itu ditolak . Gelap . Memang keadaan di dalam villa itu sangat gelap . Fadzrini tidak dapat melihat apa - apa . 

" Irin , Fadz nak tengok suis utama kejap eh . Memang blackout laa nii . Tadi Fadz try bukak suis pun tak boleh . Irin tunggu sini tau . Jangan ke mana mana . Lagi satu , baik baik sikit gelap gelap nii . HAHA . "
" Fadz ! Jangan laa takutkan Irin ! Pergi laa cepat tengok suis utama sana . Irin tunggu sini ! " Fadzrini mendengus kasar . Sebenarnya , dia memang fobia berada di dalam gelap . 

' DUM ! ' Pintu utama yang sebentar tadi terbuka luas tiba tiba tertutup . Fadzrini tersentak . Jantungnya berdegup kencang . Jika dikira - kira , bilangan degupan jantungnya ketika ini boleh bersamaan dengan seorang pelari marathon kebangsaan . 

' Angin tuu , takpe Irin . Fadz balik kejap lagi . ' Fadrini menyedapkan hatinya walaupun dia tahu yang membuatkan pintu itu tertutup bukan angin . Pintu utama itu terlalu besar untuk membolehkan angin berhasil menutupnya . Pintu itu hanya boleh ditutup dan dibuka menggunakan tenaga seorang manusia , bukan angin . 

Lampu tiba - tiba terbuka ! Fadzrini terperanjat besar . 

" SUPRISE ! Happy birthday to you , Happy birthday to you , Happy birthday to Fadzrini , Happy birthday to you ! " Fadzrini terdiam . Di hadapannya kini , ada Syahirah , Syafiqah , Nabilla , Syuhada , Hidayu , Zulain , Faiz , Shah , Izzat dan Ad . Mereka semua sepakat memakai baju yang berwarna sama , iaitu coklat . Warna kegemarannya . Fadzrini tersenyum lebar . Syafiqah dan Syahirah menghampirinya . 

" Babe , happy birthday ! Aku sayang kau ! " ucap Syafiqah lalu mencium pipinya . Syahirah juga berbuat sedemikian . Fadzrini tersenyum lagi . Air matanya yang bertakung di kelopak matanya ditahan daripada jatuh . Kini giliran Syuhada dan Hidayu pula yang mendekatinya . 

" Happy birthday sayang . You have grown up . " kata Syuhada . Pipi kanan dan kiri Fadzrini diciumnya . 
" Selamat hari jadi Irin . Moga kau jadi kawan yang terbaik untuk kami semua . " ucap Hidayu pula . 
" Ella ? " Fadzrini sayu . Dia memanggil nama kawannya yang seorang itu . Hanya Nabilla seorang yang belum mengucap selamat untuknya . Nabilla memandangnya sekilas . Lalu dia pergi ke arah Fadzrini . 
" Babe , selamat ulang tahun ! Kau dah besar ! Jangan jadi childish lagi tau ! " Nabilla senyum . Fadzrini memeluknya . Lama . Air mata yang bertakung mengalir laju membasahi pipinya .  
" HAHA . Aku tau . Kau perli aku ! Apa pun sorry pasal hari tuu . "
" Aku dah lupa kan laa . Forget and forgive . Kau pun tau aku tak suka berdendam dengan orang kan ? Lagi lagi dengan kawan baik sendiri . So , lupa kan jea laa . Dah laa tuu , buruk benar kau menangis ! HAHA .  " Nabilla gelak lagi lalu meleraikan pelukan antara dia dan Fadzrini . Dia menepuk nepuk bahu Fadzrini . Fadzrini tersedu sedan . Dia berasa sangat gembira malam itu . Kawan - kawannya yang dia sayangi telah kembali kepadanya . Sengketa antara mereka juga telah berakhir . 

" Weii , aku nak jugak ! Ella , peluk laa Shah ! " Shah berkata . Tangannya telah didepakan untuk menyambut  Nabilla . 
" Shah ! Awak kenapa ? " Nabilla bertanya pelik .
" Nak peluk awak ! Cepat laa . HAHA . " Shah berkata . Kawan kawannya yang lain sudah mentertawakannya . 
" HAHA . Lawak laa Shah ! Aku tak izinkan ! " ujar Fazdrini . Dia seperti melindungi Nabilla daripada Shah . 

Tindakan Fadzrini itu berjaya mengundang tawa yang lebih galak daripada mereka yang lain . Tiba - tiba , Ammar muncul membawa kek hari jadi untuk Fadzrini . Di atas kek itu , terdapat 12 batang lilin yang telah bercahaya dengan api . Ammar membawa kek itu dekat kepada Fadzrini . 

" 12 batang ? " Fadzrini bertanya pelik . Umurnya sudah mencecah 21 tahun tetapi mengapa 12 batang lilin yang berada di atas keknya itu ?  
" Aah . 12 batang lilin bersamaan dengan 12 orang dalam villa nii , " Ammar menjawab tenang . 
" Ohh , HAHA . "
" Make a wish babe ! " ujar Syuhada dari belakang . 
' Moga persahabatan ini akan kekal untuk selama lamanya . ' Fadzrini membuat hajat di dalam hatinya lalu dia segera meniup keduabelas batang lilin tersebut . 
" Woooooooo ! " Mereka yang lain menepuk tangan masing masing . 

Ammar lalu menyerahkan kek itu kepada Syahirah untuk dipegangnya . Dia mengeluarkan sesuatu daripada sesiku seluar jeansnya . 

" Hulurkan tangan Irin . " arah Ammar . 
" Buat apa ? "
" Hulur jea . " Ammar mendesak . Fadzrini menghulurkan tangan kirinya , tetapi dia masih ragu ragu . Ammar pula cepat cepat memakaikan Fadzrini gelang tangan yang telah dibelinya minggu lepas itu . 
" And this is for you , my lady . Happy sweet 21 . I love you . " Ammar berkata romantik . Berlainan sungguh dia malam itu . Berbeza dengan Ammar yang biasa . 
" Wow ! Thank you Fadz ! Cantik gelang nii . I love you too . " Fadzrini berkata . Dia membelek belek gelang tangan yang berada di tangan kirinya itu . Dia berasa sangat gembira pada malam ini . Bukan sahaja kerana dia mendapat hadiah daripada orang yang sangat dikasihinya , tetapi kerana hubungannya dengan rakan rakannya telah pulih kembali seperti asal . Dia sangat menyayangi rakan rakannya itu . 

" Korang semua ! Terima kasih untuk malam yang sangat bermakna dalam hidup aku nii . Sampai mati aku takkan lupa . " kata Fadzrini penuh dengan rasa teruja di hatinya . Mereka yang lain hanya tersenyum . Sungguh , Fadzrini sendiri tidak menyangka mereka akan membuat kejutan ini untuknya . Sejak kejadian seminggu lepas , dia sudah tidak berniat untuk menyambut hari jadinya sebegini meriah . Bahkan , dia sendiri berhajat untuk melupakan hari jadinya untuk tahun tahun akan datang . 

Malam itu , di villa itu , mereka semua telah menghabiskan malam mereka dengan menyambut ulang tahun kelahiran Fadzrini yang ke-21 . Dan Fadzrini berasa sangat gembira . Bukan sahaja dia , tetapi Syahirah , Syafiqah , Syuhada , Nabilla dan juga Hidayu . 

* * * * * * * * * *

Di kelas Prof Anita keesokan harinya . 

Prof Anita baru sahaja melangkah keluar meninggalkan kelas itu . Sesi pengajarannya hari ini telah tamat . Fadzrini mengemas buku dan alat tulisnya yang digunakan sebentar tadi ke dalam beg . Dia bangkit dari tempat duduknya . Rakannya yang duduk bersebelahan dengannya menegurnya .

" Irin , cantik gelang tangan baru . " puji Siti . 
" Gelang tangan nii ? Ohh , terima kasih . Am yang bagi . " ujarnya bangga . Dia tersenyum . 
" Wahh ! Untung laa kau ! Ahh , sebelum aku lupa . Happy belated birthday . Semalam aku nak wish . Kau dah tergesa gesa balik . Tuu yang tak sempat . " terang Siti lagi . 
" Takpe , thanks tau ! " Fadzrini tersenyum . 

Di pintu kelas itu , kelihatan Syahirah , Syafiqah , Syuhada , Nabilla dan Hidayu sedang menunggunya . 

" Jom balik ! " ujar Fadzrini ceria dengan senyuman manis di bibir . Doanya , moga persahabatan ini tidak akan pernah tergugat lagi . 
" Jom ! " ajak mereka semua . Sejurus itu , mereka sama sama menapak balik , pulang ke villa .  

* * *  * * *  * * * * * * * * * * * * * *